Rosidi Hassan & Co. - Advocates & Solicitors Malaysia
Home Article
  • Home
  • Profile
    • Staffs
  • Partners
    • Rosidi Hassan
    • Harif Omar
    • Fadzil Abdul Karim
    • Social Corporate Activity
  • Services
    • Conveyancing
    • Civil Litigation
    • Criminal Litigation
    • Corporate
  • Clients
  • Gallery
  • Contact
    • Location
  • Article
  • Profile
  • Clients
  • Fee Calculator

Fee Calculator

rtyys

 

Please click here to calculate your legal fees.

 

 
Dari Meja Pengarang PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 14 May 2012 05:23

PENGENALAN

Salam hormat, salam sejahtera dan salam Satu Felda, Satu Malaysia kepada semua pembaca Siasah, semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah (S.W.T).

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Akhbar Siasah kerana telah member ruang kepada saya untuk menulis seterusnya berkongsi pandangan dan maklumat bersama pembaca.

Kata orang “Tak Kenal Maka Tak Cinta”, jadi sebelum saya bercerita panjang, elok juga rakan-rakan pembaca mengetahui serba sedikit tentang latarbelakang diri saya. Saya berasal dari Felda Rentam, Bera, Pahang Darul Makmur dan merupakan generasi kedua di Tanah Rancangan Felda. Kini saya bertugas sebagai seorang peguam di firma guaman Tetuan Rosidi Hassan & Co. yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Sebagai anak peneroka Felda, saya merasa terpanggil untuk berkongsi bersama rakan pembaca khususnya warga Felda berkaitan maklumat serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan perundangan. Jadi, pada kali ini saya ingin berkongsi tentang khidmat bantuan guaman yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk golongan berpendapatan rendah di Malaysia.

Mungkin ramai di kalangan kita masih belum mengetahui bahawa kerajaan telah menyediakan dana di bawah Jabatan Bantuan Guaman untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperoleh khidmat nasihat perundangan serta khidmat pengantara dan kesedaran undang-undang sehingga membolehkan mereka diwakili peguam bagi kes-kes mereka.

Namun demikian, terdapat beberapa pra-syarat yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pemohon sebelum perkhidmatan ini boleh diberikan. Antaranya ialah bagi kategori pertama, pendapatan kasar mestilah tidak lebih daripada RM25,000.00 setahun. Bagi kategori ini yuran pendaftaran hanyalah sebanyak RM2.00 dikenakan. Seterusnya bagi kategori kedua, pendapatan kasar yang melebihi RM25,000.00 setahun tetapi tidak lebih RM30,000.00 setahun. Bagi kategori ini yuran pendaftaran adalah sebanyak RM2.00 dan sumbangan oleh pemohon sebanyak RM300.00 dikenakan.

Selainitu, perkhidmatan yang ditawarkan buat masa ini hanyalah terhad kepada kes-kes tertentu seperti kes kekeluargaan Islam di bawah undang-undang Syariah, kes kekeluargaan di bawah undang-undang Sivil dan kes-kes sivil lain yang terpilih. Kini, Jabatan Bantuan Guaman telah beroperasi di setiap negeri dan di beberapa daerah tertentu mengikut keperluan masyarakat setempat. Dengan adanya bantuan seumpama ini maka bebanan pemohon terhadap kos guaman dapat dikurangkan selain member keadilan kepada semua pihak untuk diwakili peguam bagi kes-kes mereka.

Saya rasa cukup sekadar ini sebagai pengenalan dan ta’aruf daripada saya dan pada keluaran akan datang, saya akan mengupas topik yang lebih menarik sebagai sebahagian daripada perkongsian ilmu perundangan. “Audi Alteram Partem” satu petikan Bahasa Latin yang bermaksud tiada pihak boleh teraniaya disebabkan oleh keputusan mahkamah melainkan dia telah diberi ruang membela diri secukupnya.

Sehingga berjumpa lagi.

Last Updated on Monday, 14 May 2012 06:53
 

Who's Online

We have 1 guest online

Site Map

  • Home
  • Profile
  • Panel
  • Gallery
  • Contact

Partners

  • Rosidi Hassan
  • Harif Omar
  • Fadzil Abdul Karim
  • Social Corporate Activity

Services

  • Conveyancing
  • Civil Litigation
  • Criminal Litigation
  • Corporate

Rules & Regulations

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
© Copyright 2011 Rosidi Hassan & Co. All rights reserved.
top